Berdasarkan tajuk di atas, sudah
memadai untuk anda semua tahu bahawa coretan kali ini adalah berkenaan dengan
jenis-jenis minyak pelincir yang dijual di pasaran dengan pelbagai lambakan
jenama baik dari yang sudah anda familiar
mahupun tidak.
Untuk pengetahuan yang masih
kurang arif mengenai jenis-jenis minyak pelincir, buat masa sekarang terdapat 2
jenis minyak pelincir yang dijual:
- Minyak mineral
- Minyak sintetik ( **terbahagi kepada 2: semi-synthetic, fully-synthetic)
Apa itu minyak mineral
Minyak mineral pada dasarnya adalah produk sampingan atau
variasi daripada minyak mentah yang digali(crude
oil) selepas menjalani proses penyulingan berperingkat/pecahan.
Kalau sesiapa yang ambil cakna dan ingat: dalam subjek Sains
di sekolah ada membincangkan mengenai proses penyulingan berperingkat/pecahan ini. Minyak
mentah yang digali akan menjalani proses tersebut dan akan terhasil variasi produk seperti, petroleum, gas asli,
tar, gasoline, minyak hitam/mineral dll.
Proses Penyulingan Berperingkat/Pecahan |
Minyak mineral yang
digunakan sebagai agen pelincir merupakan produk daripada sumber tenaga tidak
boleh diperbaharui (non-renewable energy
source) yang mempunyai komponen terdiri daripada parafin kitaran dan
alkali.
Kemudian, asas minyak mineral ini akan dicampurkan dengan
bahan-bahan tambahan (additives) bagi
tujuan penambahbaikan kualiti dan fungsi minyak tersebut agar ianya menjadi
minyak pelincir yang baik.
Sebab itulah setiap syarikat yang mengeluarkan minyak
pelincir sudah pasti mempunyai manifesto yang berbeza bagi setiap produk mereka
disebabkan perbezaan additives yang
digunakan.
Sebelum pembangunan komersial minyak sintetik sebagai minyak
pelincir, sebahagian besar minyak mineral telah digunakan sebagai pelincir mekanikal yang
utama.
Apa itu minyak sintetik
Seperti yang telah disebutkan tadi, terdapat dua jenis
minyak sintetik ini iaitu separa dan sepenuhnya sintetik. Apakah perbezaan
antara keduanya?
Bagi sesiapa yang pernah belajar kimia organik di sekolah ataupun peringkat lanjutan pasti sedia maklum apa yang dimaksudkan dengan sintetik. Sintetik bermakna bahan tiruan yang dibuat menggunakan bahan-bahan kimia melalui proses-proses yang sempurna untuk menghasilkan bahan yang sama atau lebih baik daripada bahan semula jadi.
Untuk menghasilkan minyak sintetik antara campuran yang
selalu digunakan adalah ceflon, teflon, chlorine dan parafil dan lain-lain additive. Campuran untuk menghasilkan
minyak sintetik boleh menggunakan pelbagai jenis cara dan formula.
analogi: sama masakannya tapi Lain tangan, lain rasaya.
Hasil daripada campuran tersebut maka akan terhasil minyak
sepenuhnya sintetik (fully-synthetic).
Jika hasil daripada campuran tersebut ditambah dengan minyak mineral/asli maka akan
terhasil pula minyak separa sintetik (semi-synthetic).
Sekarang, kenapa perlu dibuat
minyak sintetik ini?
Minyak ini dibuat pada asalnya adalah kerana kekurangan
sumber untuk menghasilkan minyak mineral bagi negara-negara tertentu dan
wujudnya kesedaran mengenai kepentingan menjaga sumber alam untuk generasi akan
datang.
Selain itu, minyak sintetik terkenal disebabkan kemampuan minyak tersebut untuk mencair pada suhu rendah yang cukup penting bagi pengguna kenderaan di negara yang mempunyai cuaca yang sejuk terutamanya semasa hendak menghidupkan enjin.

Minyak mineral, semi, fully synthetic, yang mana lebih
bagus?
Kesemua minyak ini mempunyai fungi dan kelebihan
masing-masing. Lain padang, lain belalangnya, lain kenderaan lain, lain
minyaknya.
Kebiasaannya, minyak sintetik lebih mahal sedikit berbanding minyak mineral. Puncanya harga bahan-bahan kimia yang semakin mahal dan ditambah populariti minyak sintetik yang semakin meningkat melalui jenama-jenama yang besar yang sudah lama bertapak di pasaran.Selain itu susunan molekul-molekul dalam minyak sintetik lebih sekata berbanding minyak mineral yang menyebabkan kurangnya geseran antara permukaan.
Namun, pada hari ini satu banyak teknologi yang telah dibagunkan bagi menambahbaik susunan molekul bagi minyak mineral ini. Antara teknologi yang berjaya memperkayakan minyak mineral ini adalah teknologi tribologi yang mempunyai ciri-ciri TCF. Antara pelopor utama teknologi ini adalah Syarikat Golberg yang merupakan pembekal minyak pelincir kepada jenama JTX.

Sumber: www.mobil.co.uk |
Sesetengah tempat servis atau kedai mereka akan merekemen minyak yang mahal tapi kurang berkualiti. Bukan semua orang jujur tapi ramai yang betul-betul ikhlas dan
jujur di luar sana.
Kenapa hendak berbelanja lebih, jika ada yang murah dan lebih berkualiti
Berminat, Sila hubungi kami di
JTX1000_Northern Crew:
Email : syahmiafiq01@gmail.com
FB: : JTX1000_NorthernCrew
Tel :
(+06) 017-5937456 Whatsapp/SMS/Tel
0 Komen kepada "Minyak mineral atau sintetik?"
Catat Ulasan