Soalan Lazim

1.SOALAN: Apakah jenama JTX?
JTX merupakan minyak penjenamaan semula ataupun  rebranding daripada keluaran syarikat GOLBERG. Syarikat GOLBERG merupakan antara 4 pengeluar minyak pelincir/hitam terbesar di dunia selain daripada EXXON, DUPON dan LUBZOIL. Antara penjenamaan semula minyak daripada syarikat GOLBERG adalah DMX, TURBO OIL JET,TURBO EX dan lain-lain.


2.SOALAN: Kenapa syarikat yang besar memerlukan penjenamaan semula?
Penjenamaan semula dibuat bagi tujuan pasaran yang lebih meluas dan bagi memasuki pasaran tempatan. Sebagai pembekal mereka bertanggungjawab untuk membekalkan minyak-minyak tersebut kepada syarikat-syarikat lain yang berperanan untuk membuat pemasaran dan pengiklanan mengikut jenama masing-masing yang ingin dikeluarkan.


3. SOALAN: Siapakah yang bertanggungjawab mengeluarkan minyak  JTX?
Minyak JTX merupakan salah satu jenama yang dihasilkan di bawah naungan SAHAJIDAH HAI-O MARKETING SDN BHD iaitu anak syarikat KUMPULAN HAI-O ENTERPRISE BERHAD.


4. SOALAN: Sudah berapa lama jenama JTX berada di pasaran?
Pada tahun 1997 (Sudah menjangkau 18 tahun pengeluaran), Hai-O melancarkan produk utama "Jet Turbo X"(JTX) dan menjadi syarikat pertama yang menjual danmempromosikan minyak pelincir melalui rangkaian jualan langsung. Rujukan Anda


5. SOALAN: Apakah produk-produk yang terdapat di bawah jenama JTX?
Antara produk-produk minyak yang terdapat di pasaran ketika ini antaranya adalah JTX Airtracker, JTX 1000 (RED), JTX 1000 GOLD, JTX 5000 concentrated.


6. SOALAN: Apakah perbezaan produk  JTX dengan jenama-lain?
Minyak JTX menggunakan teknologi TRIBOLOGI berbanding minyak-minyak yang lain yang kebiasaannya adalah berpaksikan fully-syenthetic ataupun semi-synthetic.


7. SOALAN: Apakah maksud teknologi TRIBOLOGI?
Tribologi ialah bidang kajian sains dan teknologi tentang geseran, kehausan dan pelinciran serta pembangunan teknologi dalam mengoptimumkan proses geseran. Teknologi pelinciran yang berkait rapat dengan tribologi merupakan teknik mengurangkan daya geseran dan hakisan menerusi bahan pelincir dan penggunaan bahan pelincir pada kawasan geseran. Ketahui penjelasan lanjut TRIBOLOGI di sini.


8. SOALAN: Apakah kelebihan produk-produk JTX?
Setiap produk keluaran JTX mempunyai kelebihan masing-masing. Apa yang pasti, setiap produk ini mampu: 
  • Memberikan kuasa dan prestasi optimum dalam semua keadaan pemanduan walaupun dalam keadaan yang ekstrem
  • Memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh
  • Memberikan perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksida yang lebih baik
  • Pengubahsuaian geseran yang lebih maju untuk penjimatan minyak dan prestasi yang lebih baik
  • Pelincir berkualiti tinggi yang menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar


9. SOALAN: Bagaimana cara saya ketahui produk manakah yang sesuai untuk kenderaan saya?
Anda boleh menyemak kod-kod yang tertera pada botol-botol minyak JTX seperti SAE 15W-50, SAE 10W-40, SL/CI-4, SN/CF. Setiap produk mempunyai tahap  operasi yang berbeza. Anda boleh membuat semakan kod di dalam dokumen spesifikasi kenderaan anda. Sila pilih minyak yang mempunyai kod yang sama dengan  spesifikasi enjin kenderaan ada. Anda juga boleh meminta pandangan mekanik-mekanik bagi pemilihan minyak yang bersesuaian.


10. SOALAN: Bagaimanakah cara untuk menggunakan produk JTX ini?
Cara penggunaan produk-produk ini adalah sama seperti minyak hitam/pelincir yang lain.


11. SOALAN: Apakah tahap kepuasan pengguna selepas menggunakan produk-produk ini?
Setiap pengguna pasti ada pengalaman dan tahap kepuasan yang berbeza. Anda boleh melihat testimoni pengguna lain di sini. Rujukan Anda


12. SOALAN: Di manakah saya boleh mendapatkan produk ini?
Anda boleh mendapatkan minyak-minyak JTX ini daripada kami JTX1000_NorthernCrew atau daripada agen/pembekal, stokis, kedai-kedai yang berdaftar secara sah  dengan Hai-O di seluruh Malaysia.


13. SOALAN: Bagaimanakah cara untuk saya mengetahui saya membeli produk tersebut dengan agen/pembekal yang sah ?
Anda boleh meminta supaya pengedar/agen yang berurusan dengan anda untuk menunjukkan bukti keahlian seperti, kad keahlian, resit pembelian yang tertera  nama, IC, dan no. keahlian mereka pada dokumen tersebut.


14. SOALAN: Kenapa produk-produk ini tidak dijual seperti minyak-minyak pelincir/hitam yang lain?
Syarikat Hai-O menggunakan strategi pemasaran MLM. Produk-produk keluaran Hai-O tidak boleh dipasarkan secara runcit/borong di kedai-kedai biasa.  Kelebihannya, syarikat tidak perlu membelanjakan dana untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan kepada syarikat-syarikat lain kerana ahli/agen/stokis akan  membuat jualan dan pemasaran secara langsung. Selain itu, keuntungan kepada pihak ketiga(kedai/syarikat iklan/tv/event/penajaan) dapat dielakkan secara praktikal. Oleh itu, produk JTX ini lebih murah daripada sesetengah produk yang berada di pasaran.


15.SOALAN: Adakah saya perlu menyertai program MLM terebut untuk mendapatkan minyak ini?
Tidak, anda boleh terus membeli minyak JTX ini tanpa perlu menyertai program MLM ataupun ahli kami.


16. SOALAN: Jika saya tidak berpuas hati selepas menggunakan produk ini, di manakah saya boleh membuat aduan?
Anda boleh membuat aduan  dengan menghadirkan diri anda ke stokis/syarikat Hai-O yang berdekatan atau terus menghubungi di talian bebas tol: 1-800-88-2700. Pihak Hai-O akan membantu anda sebaik mungkin.


17. SOALAN: Jika berlaku kerosakan kepada enjin kereta saya selepas menggunakan produk ini, adakah saya boleh menuntut pampasan?
Pihak Hai-O ada memberikan pampasan kepada pengguna jika, selepas siasatan memang didapati kerosakan kenderaan anda berpunca daripada penggunaan minyak keluaran JTX ini. Maklumat lanjut hubungi talian bebas tol: 1-800-88-2700. Pihak Hai-O akan membantu anda sebaik mungkin. 


13 Komen kepada "Soalan Lazim"

  1. Waalaikumsalam Tuan Sahad Eza,
    Boleh contact Leader/Upline Tuan, ataupun call Careline HQ Hai-O di talian 1 800 88 2700 😉

    BalasPadam
  2. Soalan saya ,mengapakah minyak jtx ni kurang popular dari minyak berjenama yg lain?contoh tiada iklan 2 seperti minyak2 yg lain

    BalasPadam
  3. Minyak mahal x beragak..itu sbb kurang sambutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa beza lamborghini dgn kerata kancil?sedangkan dua² adalah kereta? Bezanya kualiti boss...

      Padam
    2. siap ada anti jtx kat fb ..hahahah

      Padam
    3. Memang patut pun ade anti jtx. Minyak itam tah pape. Kalau minyak ni power asal tak masuk motogp ke f1?? Asal petronas pennzoil belray silkolene yg masuk? Kalau nak ckp sbb korg tak leh bayar nak nak jadi sponsor lagi la tak masuk akal sbb kalau minyak korg ni sng cita bole naikkan horsepower kenderaan konfem dorg akan cuba sedaya upaya mintak korg share teknologi ni or curi teknologi korg. Ni cita dia tribology sampah ni takde 1 company minyak pun cita pasal tribology ttbe kata ni la ultimate oil bagai.. lagi 1 golberg tu bukan company minyak. Tak wujud pun. Kesimpulan dia jangan la jadi bengap. Gunakan akal fikiran dan common sense utk kaji minyak jtx ni spe pengeluar dia dr mana.. n korg takkan jumpa kecuali gmbr banner diorg tak abes2 ckp pasal power minyak jtx ni n hai-o dia. Jadi la pengguna yg bila jgn la kena scam ngn minyak ni.

      Padam
    4. Assalamualaikum,boss rase² kn F1 n motogp yg ade iklan minyak tu.diorg pakai x minyak yg die org iklankan tu buat racing?

      Padam
  4. Boleh buat penghantaran ke brunei? Atau dah ade kat brunei?

    BalasPadam
  5. Data sheet mane,asal tak boleh check,lisence API main tampal je ke kt botol jtx?? Tribologi ke trijuborologi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Klaula btol minyak jtx ni main tampal je API,SAE tu knp ye masih ade lagi minyak tu?
      Cume nk tau

      Padam
  6. Minyak penipu. Knaoe kt malaysia je ade? Negara lain xde? Ckp myk terbaik dunia.

    BalasPadam
  7. Kalau minyak ni mmg problem, kenapa korng tak smpai kan dekat ppim??

    BalasPadam
  8. Saya pakai myk jtx dlm gen2. Gen2 saya dh mkn myk hitam sb engin lama n panas.. Satu kali tu saya terlebih overdue servic dn myk jtx kering sb engin saya dh mkn myk tetapi engin x overheating sanpai mekanik heran.

    BalasPadam