Isnin, Mac 10, 2014

Kod II: Indeks Kelikatan - SAE

Ini kisah sambungan mengenai kod-kod yang terdapat pada botol minyak pelincir. Penulisan yang lalu saya ada berkongsi dengan anda semua mengenai Kod I: Jenis Minyak– API.  Penulisan kali ini adalah berkenaan Kod 2: Indeks Kelikatan (viscosity index) - SAE.
Jom kenali minyak pelincir
Apa itu indeks kelikatan?

Ianya bermaksud tahap kepekatan minyak pelincir yang diuji pada suhu tertentu sehingga ia tidak dapat lagi berfungsi sebagai minyak pelincir bagi enjin kenderaan. Kelikatan adalah merupakan sifat jirim(pepejal, cecair, gas)  yang menggambarkan kecenderungan untuk ianya mengalir.  Cecair berkelikatan tinggi difahami dengan sebagai ‘tebal’ i dan cecair berkelikatan rendah sebagai "nipis".

Siapa yang menjalankan ujikaji dan memberikan gred tersebut?

SAE adalah akronim kepada Society of Automotive Engineers iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan uji kaji terhadap minyak pelincir dan menentukan gred-gred tertentu.

Itulah sebabnya kesemua minyak pelincir pasti mempunyai kod-kod yang tertentu seperti 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60. Angka-angka ini sering disebut sebagai weight bagi minyak enjin.

SAE J300 telah menggredkan  11 nilai kelikatan bagi minyak single-grade. 6 daripadanya diklasifikasikan sebagai Winter-grade. Cara kenali minyak winter-grade adalah melalui nilai W di hadapannya( 0W, 5W, 10W, 15W, 20W).  5 lagi gred diklasifikasikan sebagai non-winter grade (20, 30, 40, 50, dan 60).  (Rujukan Anda: Single-grade vs Multi-grade)

Winter VS Non Winter grades

Perbezaan antara nilai  W dan tanpa W adalah disebabkan perbezaan jenis ujian kelikatan yang dijalankan pada minyak-minyak tersebut.
  • W = Diuji tahap kelikatan pada keadaan suhu enjin ketika suhu rendah atau sebelum enjin dihidupkan.
  • Tanpa W = Diuji pada tahap kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C .
Contoh bacaan:

Nilai 10W adalah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu sejuk  dan nilai 50 ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu panas. Secara ringkasnya, semakin besar angka yang ditunjukkan, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan operasi enjin.

Jika minyak terlalu "nipis", minyak pelincir tidak mampu menahan tekanan yang terbentuk di antara bahagian-bahagian dalaman enjin yang bergerak. Akibatnya, bahagian logam akan bergeseran antara satu sama lain dan haus atau akibat daripada gagalnya sistem pelinciran untuk bekerja.

Sebaliknya, jika minyak terlalu "tebal", sukar untuk minyak mengalir masuk untuk menembusi bukaan kecil antara bahagian enjin yang bergerak. Hasilnya adalah sama iaitu permukaan menjadi  haus dan sistem pelinciran gagal berfungsi.

Jadi, ia adalah penting bahawa kelikatan minyak enjin perlu mempunyai keseimbangan antara terlalu "nipis" dan terlalu "tebal".
Di  Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi untuk menghidupkan kenderaan anda.
Saranan saya yang ilmu setitik ini, sebagai pengguna yang bijak, semak dahulu  gred manakah yang bersesuaian dengan enjin kenderaan anda supaya enjin kenderaan; anda dapat bekerja dalam keadaan yang optimum dan efisien. Oleh itu, pembaziran dapat dielakkan dan boleh menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan.


Setakat ini dahulu perkongsian ilmu setitik ini kepada anda. Jangan lupa untuk baca perbezaan minyak pelincir di tajuk: Single-grade vs Multi-grade.

Berminat, Sila hubungi kami di JTX1000_Northern Crew:
 FB:    : JTX1000_NorthernCrew
Tel     : (+06) 017-5937456  Whatsapp/SMS/Tel

Kongsi Artikel

Anda Mahu, Kami Bantu.Coretan hanya sekadar perkongsian 

0 Komen kepada "Kod II: Indeks Kelikatan - SAE"

Catat Ulasan