Sabtu, Mac 08, 2014

Kod I: Jenis MInyak - API

Saya pasti ramai antara kita yang tahu jenis-jenis atau jenama minyak hitam bagi kenderaan masing-anda jika anda peka semasa membuat servis kenderaan anda. Persoalannya, adakah kita kenal identiti minyak-minyak pelincir yang digunakan tersebut. Tahu tidak semestinya kenal. 
Jom kenali minyak hitam anda
Kalau anda perhatikan pada botol-botol minyak hitam pelincir kenderaan sudah pasti akan tertera nilai-nilai seperti:
  • API – SA, SB, SC SD SE SF SG SH SJ SL SM SN  dan
  • SAE – 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60

Terdapat 2 kategori kod yang tertera pada botol minyak pelincir yang wajib diketahui jika anda sayangkan kenderaan anda.
  • Jenis Minyak ( dikategorikan oleh API, American Petroleum Institute)

Jenis Minyak: API
penerangan tentang spesifikasi ini agak panjang, secara ringkasnya, anda perlu tahu pasal kod-kod yang tertera pada botol minyak hitam yang anda beli sama ada bersesuaian dengan kenderaan yang anda gunakan ketika ini sudah memadai.

Secara mudahnya, terdapat 2 kategori yang dikeluarkan oleh API.
  •  S = Bagi kenderaan menggunakan petrol
  • C = Bagi kenderaan menggunakan diesel.

Cuba anda perhatikan perbezaan kod-kod ini dan lihat, apakah kod yang bersesuaian dengan kenderaan anda?

BAHAN API
KOD
PENERANGAN
PETROL
SN
Diperkenalkan pada Oktober 2010 untuk tahun 2011 dan kenderaan lama.

SL
Kategori SL telah diguna pakai untuk menerangkan minyak enjin untuk digunakan pada tahun 2001. Ia digunakan dalam enjin petrol yang tipikal pada masa kini dan kereta penumpang terdahulu, "SUV", van dan trak ringan yang beroperasi di bawah prosedur penyelenggaraan yang disyorkan pengeluar kenderaan.
DIESEL
CF
Diperkenalkan pada tahun 1994 untuk off-road , indirect-injected dan lain-lain enjin diesel termasuk enjin yang menggunakan bahan api melebihi 0.5 % berat sulfur .
Boleh digunakan di tempat CD.

CI-4
Diperkenalkan pada tahun 2002 untuk enjin  berkelajuan tinggi enjin empat lejang.
Direka bentuk untuk memenuhi piawai pelepasan ekzos 2004 yang dilaksanakan pada tahun 2002.
Boleh digunakan di tempat CD, CE, CF- 4, CG-4 dan CH-4

*Sumber: http://www.rc.my/thread-13750.html
Jika anda mahukan penerangan yang lebih mendalam sila ke halaman tersebut.


Setakat ini dahulu perkongsian ilmu setitik ini kepada anda. Jangan lupa untuk membaca perkongsian saya yang seterunya mengenai kod-kod minyak pelincir ini. Kod 2: Indeks Kelikatan -SAE

Berminat, Sila hubungi kami di JTX1000_Northern Crew:
 FB:    : JTX1000_NorthernCrew
Tel     : (+06) 017-5937456  Whatsapp/SMS/Tel

Kongsi Artikel

Anda Mahu, Kami Bantu.Coretan hanya sekadar perkongsian 

0 Komen kepada "Kod I: Jenis MInyak - API"

Catat Ulasan