Isnin, Mac 31, 2014

JTX 5000 ADITIF

Sumber: richardjalil86.blogspot.com

Another product that absolutely give a good services to your engine to be share.  Entah betul atau tidak ayat Inggeris yang digunakan. Apa yang penting kami mahu berkongsi dengan ANDA satu produk yang boleh meningkatkan lagi sistem pelinciran enjin kenderaan anda.

Apa itu JTX 5000?
JTX5000 additive @ Ibu minyak yang memenangi sijil anugerah SUPERBRAND dan ISO 9001.

Anda tahu apa itu additive @ ibu minyak?  (Rujukan Anda: aditif @ ibu minyak?)

Sungguhpun pada RPM (revolution per minute)  berterusan yang tinggi dan tekanan yang ekstrem JTX 5000 akan membantu menjadikan enjin anda kekal dalam keadaan yang stabil.

Formula teknologi maju  yang direka untuk prestasi yang menakjubkan dan perlindungan menyeluruh yang boleh digunakan pada  kesemua jenis enjin kenderaan.

Spesifikasi JTX 5000
  • Sebagai Oil Treatment untuk enjin kesayangan anda
  • Minyak pelincir yang dijamin kualitinya melalui SIJIL ISO9001
  • Dapat memberi kuasa pelinciran yang mampu menahan tekanan lampau serta mencegah kehausan pada enjin.
  • Dapat mengurangkan geseran permukaan enjin.
  •  Melindungi enjin dan anti geseran.
  • Operasi enjin yang lebih sunyi dan lancar (sangat sesuai motor guna klac )
  • Mengurangkan kos penyelenggaraan.
  • Mengurangkan suhu semasa perjalanan. ( radiator kurang panas )
  •  Mengurangkan penggunaan bahan bakar.
  • Meningkatkan kuasa enjin.
  • Membekalkan pelinciran yang menahan tekanan tinggi.

 Cara Penggunaan :
Jika sudah mempunyai minyak hitam dalam enjin: Terus tuang 10ml JTX5000 ke dalam enjin yang sedia ada (800ml - 1liter).

Jika belum mempunyai minyak hitam dalam enjin (ketika nak servis): Campur 10ml JTX5000 dalam minyak enjin yang baru. Goncang sesedap rasa dan isi dalam enjin.

p/s : Penggunaan maksimum hingga 50ml (mengikut spesifikasi motor) untuk motosikal 2 lejang pon boleh guna. 





Eh, bolehkah main campur minyak JTX 5000 dengan minyak hitam yang lain?
Jawapan: Boleh! Minyak JTX 5000 adalah salah satu bahan aditif/pati minyak yang berperanan sebagai tambahan kepada minyak-minyak hitam yang lain.

 Harga:
***update Mac 2015
Harga Biasa:
JTX  5000 :  RM 124

Anda mahukan harga promosi ? Hubungi kami dengan segera.  Di sini  https://goo.gl/RjHuN0


    ANDA MAHU KAMI BANTU

Berminat, Sila hubungi kami di JTX1000_Northern Crew:
Email : syahmiafiq01@gmail.com
 FB:    : JTX1000_NorthernCrew
Tel     : (+06) 017-5937456  Whatsapp/SMS/Tel
,

Isnin, Mac 24, 2014

JTX 1000 GOLD


Entri pada kali saya hanya mahu mempromosikan satu produk yang sungguh hebat hasil daripada sambutan yang cukup menggalakkan kepada JTX 1000 RED sebelum ini.

Sudah ramai yang mengetahui akan produk tersebut bukan?  Bagaiman dengan anda, tahu?

JTX 1000 GOLD merupakan minyak pelincir generasi kedua bagi jenama JTX selepas ditambah beberapa ciri-ciri yang hebat bagi mengoptimumkan lagi sistem pelinciran pada enjin kenderaannya yang lebih baru.

Untuk pengetahuan minyak JTX 1000 RED dan MINYAK JTX  1000 GOLD mempunyai peranan dan ciri-ciri yang hampir sama.

Cuma  yang membezakan antara kedua-dua minyak ini adalah tahap indeks kelikatan minyak-SAE   dan jenis minyak-API yang telah dipertingkat/diubah.

Boleh rujuk penerangan mengenai API dan SAE pada coretan saya sebelum ini.

Spesifikasi JTX 1000 GOLD:
  • API grad: SN (petrol) / CF (diesel)
  •  
  • SAE grad: 10W-40 (multi gred)  (Rujukan anda: Single-grade vs Multi-grade)   
  • Kuantiti: 4 dan 1 Liter
  • Pencapaian: Perjalanan sehingga 10,000km (dengan mengikuti saranan OEM)
  • Penggunaan: kenderaan Petrol, Diesel dan NGV 
  • Jenis: Minyak mineral yang dipertingkatkan dengan Kejuruteraan Tribologi,  EP/AW  (Extreme pressure & Anti-wear agents) 


Sumber: FB: Minyak Enjin JTX 1000 Sungai Petani/ JTX1000 Minyak Enjin

Kelebihan:
  • Memberikan kuasa dan prestasi optimum dalam semua keadaan pemanduan walaupun dalam keadaan yang ekstrem melalui  EP/AW
  • Memanjangkan jangka hayat enjin dengan mengurangkan kesan haus dan lusuh disebabkan wujudnya tribo-clear film
  • Memberikan perlindungan anti enapan, anti karat dan anti oksidasi yang lebih baik
  • Pengubahsuai geseran yang lebih maju untuk penjimatan minyak dan prestasi yang lebih baik
  • Pelincir berkualiti tinggi yang menjadikan enjin beroperasi secara senyap dan lancar
  • Menepati ataupun melampaui API SN/CF

Kenapa perlu belanja lebih jika anda menemui cara bagi menjimatkan perbelanjaan servis kenderaan anda. Nantikan coretan bagaimana JTX 1000 boleh jimat belanja servis kereta.

Harga:
***update Mac 2015
Harga Biasa:
JTX 1000 GOLD 4L: RM 201
JTX 1000 GOLD 1L: RM 52

Anda mahukan harga promosi ? Hubungi kami dengan segera.  Di sini à https://goo.gl/RjHuN0


    ANDA MAHU KAMI BANTU


Berminat, Sila hubungi kami di JTX1000_Northern Crew:
Email : syahmiafiq01@gmail.com
 FB:    : JTX1000_NorthernCrew
Tel     : (+06) 017-5937456  Whatsapp/SMS/Tel
,

Isnin, Mac 17, 2014

Minyak mineral atau sintetik?

Berdasarkan tajuk di atas, sudah memadai untuk anda semua tahu bahawa coretan kali ini adalah berkenaan dengan jenis-jenis minyak pelincir yang dijual di pasaran dengan pelbagai lambakan jenama baik dari yang sudah anda familiar mahupun tidak.

Untuk pengetahuan yang masih kurang arif mengenai jenis-jenis minyak pelincir, buat masa sekarang terdapat 2 jenis minyak pelincir yang dijual:
  • Minyak mineral
  • Minyak sintetik ( **terbahagi kepada 2: semi-synthetic, fully-synthetic)

Apa itu minyak mineral

Minyak mineral pada dasarnya adalah produk sampingan atau variasi daripada minyak mentah yang digali(crude oil) selepas menjalani proses penyulingan berperingkat/pecahan.

Kalau sesiapa yang ambil cakna dan ingat: dalam subjek Sains di sekolah ada membincangkan mengenai  proses penyulingan berperingkat/pecahan ini. Minyak mentah yang digali akan menjalani proses tersebut dan akan terhasil variasi produk seperti, petroleum, gas asli, tar, gasoline, minyak hitam/mineral dll.

Proses Penyulingan Berperingkat/Pecahan
Minyak mineral yang digunakan sebagai agen pelincir merupakan produk daripada sumber tenaga tidak boleh diperbaharui (non-renewable energy source) yang mempunyai komponen terdiri daripada parafin kitaran dan alkali.

Kemudian, asas minyak mineral ini akan dicampurkan dengan bahan-bahan tambahan (additives) bagi tujuan penambahbaikan kualiti dan fungsi minyak tersebut agar ianya menjadi minyak pelincir yang baik.


Sebab itulah setiap syarikat yang mengeluarkan minyak pelincir sudah pasti mempunyai manifesto yang berbeza bagi setiap produk mereka disebabkan perbezaan additives yang digunakan.

Sebelum pembangunan komersial minyak sintetik sebagai minyak pelincir, sebahagian besar minyak mineral telah  digunakan sebagai pelincir mekanikal yang utama.

Apa itu minyak sintetik

Seperti yang telah disebutkan tadi, terdapat dua jenis minyak sintetik ini iaitu separa dan sepenuhnya sintetik. Apakah perbezaan antara keduanya?
Bagi sesiapa yang pernah belajar kimia organik di sekolah ataupun peringkat lanjutan pasti sedia maklum apa yang dimaksudkan dengan sintetik. Sintetik bermakna bahan tiruan yang dibuat menggunakan bahan-bahan kimia melalui proses-proses yang sempurna untuk menghasilkan bahan yang sama atau lebih baik daripada bahan semula jadi. 
Untuk menghasilkan minyak sintetik antara campuran yang selalu digunakan adalah ceflon, teflon, chlorine dan parafil dan lain-lain additive. Campuran untuk menghasilkan minyak sintetik boleh menggunakan pelbagai jenis  cara dan formula.

analogi:  sama masakannya tapi Lain tangan, lain rasaya.

Hasil daripada campuran tersebut maka akan terhasil minyak sepenuhnya sintetik (fully-synthetic). Jika hasil daripada campuran tersebut ditambah dengan minyak mineral/asli maka akan terhasil pula minyak separa sintetik (semi-synthetic).

Sekarang, kenapa perlu dibuat minyak sintetik ini? 

Minyak ini dibuat pada asalnya adalah kerana kekurangan sumber untuk menghasilkan minyak mineral bagi negara-negara tertentu dan wujudnya kesedaran mengenai kepentingan menjaga sumber alam untuk generasi akan datang.

Selain itu, minyak sintetik terkenal disebabkan kemampuan minyak tersebut untuk mencair pada suhu rendah yang cukup penting bagi pengguna kenderaan di negara yang mempunyai cuaca yang sejuk terutamanya semasa hendak menghidupkan enjin.

Minyak mineral, semi, fully synthetic, yang mana lebih bagus?

Kesemua minyak ini mempunyai fungi dan kelebihan masing-masing. Lain padang, lain belalangnya, lain kenderaan lain, lain minyaknya.

Kebiasaannya, minyak sintetik lebih mahal sedikit berbanding minyak mineral. Puncanya harga bahan-bahan kimia yang semakin mahal dan ditambah populariti minyak sintetik yang semakin meningkat melalui jenama-jenama yang besar yang sudah lama bertapak di pasaran.Selain itu susunan molekul-molekul dalam minyak sintetik lebih sekata berbanding minyak mineral yang menyebabkan kurangnya geseran antara permukaan.

Namun, pada hari ini satu banyak teknologi yang telah dibagunkan bagi menambahbaik susunan molekul bagi minyak mineral ini. Antara teknologi yang berjaya memperkayakan minyak mineral ini adalah teknologi tribologi yang mempunyai ciri-ciri TCF. Antara pelopor utama teknologi ini adalah Syarikat Golberg yang merupakan pembekal minyak pelincir kepada jenama JTX.

Sumber: www.mobil.co.uk
Sebelum anda memilih untuk membeli minyak pelincir semasa ingin servis kenderaan, cuba ambil tahu dan tanya kepada pomen setiap minyak yang mereka tawarkan. Pilihan di tangan anda dan jadilah pengguna yang bijak.

Sesetengah tempat servis atau kedai mereka akan merekemen minyak yang mahal tapi kurang berkualiti. Bukan semua orang jujur tapi ramai yang betul-betul ikhlas dan jujur di luar sana.



Kenapa hendak berbelanja lebih, jika ada yang murah dan lebih berkualiti

Berminat, Sila hubungi kami di JTX1000_Northern Crew:
 FB:    : JTX1000_NorthernCrew
Tel     : (+06) 017-5937456  Whatsapp/SMS/Tel
,

Isnin, Mac 10, 2014

Kod II: Indeks Kelikatan - SAE

Ini kisah sambungan mengenai kod-kod yang terdapat pada botol minyak pelincir. Penulisan yang lalu saya ada berkongsi dengan anda semua mengenai Kod I: Jenis Minyak– API.  Penulisan kali ini adalah berkenaan Kod 2: Indeks Kelikatan (viscosity index) - SAE.
Jom kenali minyak pelincir
Apa itu indeks kelikatan?

Ianya bermaksud tahap kepekatan minyak pelincir yang diuji pada suhu tertentu sehingga ia tidak dapat lagi berfungsi sebagai minyak pelincir bagi enjin kenderaan. Kelikatan adalah merupakan sifat jirim(pepejal, cecair, gas)  yang menggambarkan kecenderungan untuk ianya mengalir.  Cecair berkelikatan tinggi difahami dengan sebagai ‘tebal’ i dan cecair berkelikatan rendah sebagai "nipis".

Siapa yang menjalankan ujikaji dan memberikan gred tersebut?

SAE adalah akronim kepada Society of Automotive Engineers iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan uji kaji terhadap minyak pelincir dan menentukan gred-gred tertentu.

Itulah sebabnya kesemua minyak pelincir pasti mempunyai kod-kod yang tertentu seperti 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60. Angka-angka ini sering disebut sebagai weight bagi minyak enjin.

SAE J300 telah menggredkan  11 nilai kelikatan bagi minyak single-grade. 6 daripadanya diklasifikasikan sebagai Winter-grade. Cara kenali minyak winter-grade adalah melalui nilai W di hadapannya( 0W, 5W, 10W, 15W, 20W).  5 lagi gred diklasifikasikan sebagai non-winter grade (20, 30, 40, 50, dan 60).  (Rujukan Anda: Single-grade vs Multi-grade)

Winter VS Non Winter grades

Perbezaan antara nilai  W dan tanpa W adalah disebabkan perbezaan jenis ujian kelikatan yang dijalankan pada minyak-minyak tersebut.
  • W = Diuji tahap kelikatan pada keadaan suhu enjin ketika suhu rendah atau sebelum enjin dihidupkan.
  • Tanpa W = Diuji pada tahap kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C .
Contoh bacaan:

Nilai 10W adalah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu sejuk  dan nilai 50 ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu panas. Secara ringkasnya, semakin besar angka yang ditunjukkan, semakin tinggi daya tahan minyak pelincir itu terhadap kepanasan operasi enjin.

Jika minyak terlalu "nipis", minyak pelincir tidak mampu menahan tekanan yang terbentuk di antara bahagian-bahagian dalaman enjin yang bergerak. Akibatnya, bahagian logam akan bergeseran antara satu sama lain dan haus atau akibat daripada gagalnya sistem pelinciran untuk bekerja.

Sebaliknya, jika minyak terlalu "tebal", sukar untuk minyak mengalir masuk untuk menembusi bukaan kecil antara bahagian enjin yang bergerak. Hasilnya adalah sama iaitu permukaan menjadi  haus dan sistem pelinciran gagal berfungsi.

Jadi, ia adalah penting bahawa kelikatan minyak enjin perlu mempunyai keseimbangan antara terlalu "nipis" dan terlalu "tebal".
Di  Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi untuk menghidupkan kenderaan anda.
Saranan saya yang ilmu setitik ini, sebagai pengguna yang bijak, semak dahulu  gred manakah yang bersesuaian dengan enjin kenderaan anda supaya enjin kenderaan; anda dapat bekerja dalam keadaan yang optimum dan efisien. Oleh itu, pembaziran dapat dielakkan dan boleh menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan.


Setakat ini dahulu perkongsian ilmu setitik ini kepada anda. Jangan lupa untuk baca perbezaan minyak pelincir di tajuk: Single-grade vs Multi-grade.

Berminat, Sila hubungi kami di JTX1000_Northern Crew:
 FB:    : JTX1000_NorthernCrew
Tel     : (+06) 017-5937456  Whatsapp/SMS/Tel
,

Sabtu, Mac 08, 2014

Kod I: Jenis MInyak - API

Saya pasti ramai antara kita yang tahu jenis-jenis atau jenama minyak hitam bagi kenderaan masing-anda jika anda peka semasa membuat servis kenderaan anda. Persoalannya, adakah kita kenal identiti minyak-minyak pelincir yang digunakan tersebut. Tahu tidak semestinya kenal. 
Jom kenali minyak hitam anda
Kalau anda perhatikan pada botol-botol minyak hitam pelincir kenderaan sudah pasti akan tertera nilai-nilai seperti:
  • API – SA, SB, SC SD SE SF SG SH SJ SL SM SN  dan
  • SAE – 0W, 5W, 10W, 15W, 20W, 25W, 20, 30, 40, 50, dan 60

Terdapat 2 kategori kod yang tertera pada botol minyak pelincir yang wajib diketahui jika anda sayangkan kenderaan anda.
  • Jenis Minyak ( dikategorikan oleh API, American Petroleum Institute)

Jenis Minyak: API
penerangan tentang spesifikasi ini agak panjang, secara ringkasnya, anda perlu tahu pasal kod-kod yang tertera pada botol minyak hitam yang anda beli sama ada bersesuaian dengan kenderaan yang anda gunakan ketika ini sudah memadai.

Secara mudahnya, terdapat 2 kategori yang dikeluarkan oleh API.
  •  S = Bagi kenderaan menggunakan petrol
  • C = Bagi kenderaan menggunakan diesel.

Cuba anda perhatikan perbezaan kod-kod ini dan lihat, apakah kod yang bersesuaian dengan kenderaan anda?

BAHAN API
KOD
PENERANGAN
PETROL
SN
Diperkenalkan pada Oktober 2010 untuk tahun 2011 dan kenderaan lama.

SL
Kategori SL telah diguna pakai untuk menerangkan minyak enjin untuk digunakan pada tahun 2001. Ia digunakan dalam enjin petrol yang tipikal pada masa kini dan kereta penumpang terdahulu, "SUV", van dan trak ringan yang beroperasi di bawah prosedur penyelenggaraan yang disyorkan pengeluar kenderaan.
DIESEL
CF
Diperkenalkan pada tahun 1994 untuk off-road , indirect-injected dan lain-lain enjin diesel termasuk enjin yang menggunakan bahan api melebihi 0.5 % berat sulfur .
Boleh digunakan di tempat CD.

CI-4
Diperkenalkan pada tahun 2002 untuk enjin  berkelajuan tinggi enjin empat lejang.
Direka bentuk untuk memenuhi piawai pelepasan ekzos 2004 yang dilaksanakan pada tahun 2002.
Boleh digunakan di tempat CD, CE, CF- 4, CG-4 dan CH-4

*Sumber: http://www.rc.my/thread-13750.html
Jika anda mahukan penerangan yang lebih mendalam sila ke halaman tersebut.


Setakat ini dahulu perkongsian ilmu setitik ini kepada anda. Jangan lupa untuk membaca perkongsian saya yang seterunya mengenai kod-kod minyak pelincir ini. Kod 2: Indeks Kelikatan -SAE

Berminat, Sila hubungi kami di JTX1000_Northern Crew:
 FB:    : JTX1000_NorthernCrew
Tel     : (+06) 017-5937456  Whatsapp/SMS/Tel
,

Sabtu, Mac 01, 2014

JTX 1000 (MERAH)



Minyak JTX 1000 RED ini disyorkan untuk mana-mana kenderaan berenjin petrol dan diesel.  Bagi memudahkan cerita, jenis kenderaan yang bersesuaian menggunakan minyak JTX 1000 RED ini adalah kenderaan yang dikeluarkan/dikilangkan bermula tahun 2004 dan sebelumnya.***tidak semua tetapi kebanyakkannya.

Walau bagaimanapun, jangan pula kita ambil sikap sambil lewa tanpa menyemak spesifikasi enjin kereta kita. Setiap jenis enjin kereta berbeza jenis gred minyak pelincir yang diperlukan.

Jadi pastikan kod yang tertera pada botol minyak ini, SAE 15W-50 sama dengan kod spesifikasi enjin kereta anda. (Rujukan Anda: Kod 1: Jenis Minyak:-API, Kod II: Indeks Kelikatan-SAE)

cara mudah: tanya pomen/service centre gred minyak apa yang mereka gunakan untuk anda sebelum ini atau rujuk pada botol minyak pelincir yang anda gunakan sebelum ini

Produk ini bukan  fully-synthetic atau semi-synthetic tetapi berasaskan kejuruteraan teknologi Tribologi.

Anda ingin mengetahui apakah perbezaan minyak fully-synthetic dengan semi-synthetic, klik di sini Minyak Mineral atau Sintetik?

sumber: FB Minyak Enjin JTX 1000 Sungai Petani
Melalui  Tribologi, satu lapisan pelincir dikenali tribo-clear film terhasil di sekeliling permukaan bahan besi, sekali gus dapat mengurangkan pergeseran dan penggunaan daya tekanan dalam pergerakan enjin.

Spesifikasi JTX 1000:
  • API grad: SL (petrol) / CI-4 (diesel)
  • SAE grad: 15W-50 (multi gred)
  • Kuantiti: 4 Liter
  • Pencapaian: Perjalanan sehingga 10,000km (dengan mengikuti saranan OEM)
  • Penggunaan: kenderaan Petrol, Diesel dan NGV, kenderaan tahun 2004 dan sebelumnya.
  • Jenis: Kejuruteraaan Tribologi, EP/AW (Extreme pressure & Anti-wear agents)

Kelebihan:
  •  Meningkatkan prestasi enjin
  •  Pemanduan lebih jauh
  •  Mengurangkan suhu semasa operasi enjin
  • Enjin lebih senyap
  • Menjimatkan penggunaan minyak
  • Diperkaya dengan bahan tambahan EP/AW
  • Anti-enapan, anti-karat dan anti-oksida yang baik
  • Mampu mencecah pemanduan sehingga 10,000km (dengan mengikuti saranan OEM)

Harga:
***update Mac 2015
Harga Biasa:
JTX 1000 4L: RM 185
JTX 1000 1L: RM 48

Anda mahukan harga promosi dari kami? Hubungi kami dengan segera.

ANDA MAHU KAMI BANTU

Berminat, Sila hubungi kami di JTX1000_Northern Crew:
 FB:    : JTX1000_NorthernCrew
Tel     : (+06) 017-5937456  Whatsapp/SMS/Tel

,