Ini kisah sambungan mengenai
kod-kod yang terdapat pada botol minyak pelincir. Penulisan yang lalu saya ada
berkongsi dengan anda semua mengenai
Kod I: Jenis Minyak– API. Penulisan kali ini adalah
berkenaan Kod 2: Indeks Kelikatan (
viscosity
index) - SAE.
|
Jom kenali minyak pelincir |
Apa
itu indeks kelikatan?
Ianya bermaksud tahap kepekatan
minyak pelincir yang diuji pada suhu tertentu sehingga ia tidak dapat lagi
berfungsi sebagai minyak pelincir bagi enjin kenderaan. Kelikatan adalah
merupakan sifat jirim(pepejal, cecair, gas) yang menggambarkan kecenderungan untuk ianya
mengalir. Cecair berkelikatan tinggi
difahami dengan sebagai ‘tebal’ i dan cecair berkelikatan rendah sebagai
"nipis".
Siapa
yang menjalankan ujikaji dan memberikan gred tersebut?
SAE adalah akronim kepada Society of Automotive Engineers iaitu
sebuah badan yang bertanggungjawab dalam menjalankan uji kaji terhadap minyak
pelincir dan menentukan gred-gred tertentu.
Itulah sebabnya kesemua minyak
pelincir pasti mempunyai kod-kod yang tertentu seperti 0W, 5W, 10W, 15W, 20W,
25W, 20, 30, 40, 50, dan 60. Angka-angka ini sering disebut sebagai weight bagi minyak enjin.
SAE J300 telah menggredkan 11 nilai kelikatan bagi minyak single-grade. 6 daripadanya
diklasifikasikan sebagai Winter-grade.
Cara kenali minyak winter-grade
adalah melalui nilai W di hadapannya( 0W, 5W, 10W, 15W, 20W). 5 lagi gred diklasifikasikan sebagai non-winter grade (20, 30, 40, 50, dan
60). (Rujukan
Anda: Single-grade vs Multi-grade)
Winter
VS Non Winter grades
Perbezaan antara nilai W dan tanpa W adalah disebabkan perbezaan
jenis ujian kelikatan yang dijalankan pada minyak-minyak tersebut.
- W = Diuji tahap kelikatan pada
keadaan suhu enjin ketika suhu rendah atau sebelum enjin dihidupkan.
- Tanpa W = Diuji pada tahap
kelikatan minyak ketika enjin beroperasi sepenuhnya atau pada suhu 100°C .
Contoh bacaan:
Nilai 10W adalah tahap kelikatan
minyak pelincir pada suhu sejuk dan
nilai 50 ialah tahap kelikatan minyak pelincir pada suhu panas. Secara
ringkasnya, semakin besar angka yang ditunjukkan, semakin tinggi daya tahan
minyak pelincir itu terhadap kepanasan operasi enjin.
Jika minyak terlalu
"nipis", minyak pelincir tidak mampu menahan tekanan yang terbentuk di
antara bahagian-bahagian dalaman enjin yang bergerak. Akibatnya, bahagian logam
akan bergeseran antara satu sama lain dan haus atau akibat daripada gagalnya
sistem pelinciran untuk bekerja.
Sebaliknya, jika minyak terlalu
"tebal", sukar untuk minyak mengalir masuk untuk menembusi bukaan
kecil antara bahagian enjin yang bergerak. Hasilnya adalah sama iaitu permukaan
menjadi
haus dan sistem pelinciran gagal
berfungsi.
Jadi, ia adalah penting bahawa kelikatan minyak enjin perlu
mempunyai keseimbangan antara terlalu "nipis" dan terlalu
"tebal".
Di Malaysia, pada tahap 15W sudah mencukupi
untuk menghidupkan kenderaan anda.
Saranan saya
yang ilmu setitik ini, sebagai pengguna yang bijak, semak dahulu gred manakah yang bersesuaian dengan enjin
kenderaan anda supaya enjin kenderaan;
anda dapat bekerja dalam keadaan yang optimum dan efisien. Oleh itu,
pembaziran dapat dielakkan dan boleh menjimatkan kos penyelenggaraan kenderaan.
Setakat ini dahulu perkongsian
ilmu setitik ini kepada anda. Jangan lupa untuk baca perbezaan minyak pelincir
di tajuk:
Single-grade
vs Multi-grade.
Berminat, Sila hubungi kami di
JTX1000_Northern Crew:
Tel :
(+06) 017-5937456 Whatsapp/SMS/Tel